Hari Terbuka Bersama PI Tanjung Manis
30 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniPada tanggal 29 Disember 2017, pihak Pusat Internet 1 Malaysia Tanjung Manis telah mengadakan Hari Terbuka bersama komuniti di sekitar kawasan yang berdekatan. Sambutan agak meriah kerana ramai kanak-kanak bersama dengan golongan belia turut hadir menceriakan suasana ketika itu. Tentatif program bermula pada pukul 8.00 pagi, iaitu untuk sesi pendaftaran kehadiran para peserta. Seterusnya, aktiviti dimulakan dengan taklimat pengenalan PI, Klik Dengan Bijak (KDB), Advokasi dan juga mengenai TUBE. Para peserta turut dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu untuk Katogeri Belia dan juga Kategori Kanak-kanak.
Bagi kategori belia, mereka diberi taklimat mengenai Info PI dan akan membuat slide menggunakan aplikasi Microsoft Power Point selama 30 minit dalam kumpulan masing-masing. Untuk kategori kanak-kanak, mereka juga diberi tugasan untuk membuat peta minda mengenai Klik Dengan Bijak dan Advokasi dengan menggunakan aplikasi Microsoft Word. Ini bertujuan, untuk mengetahui sejauh mana pemahaman mereka mengenai info yang telah disampaikan semasa taklimat pada awal aktiviti.
Cabutan tiket bertuah turut diselitkan dalam hari terbuka bagi menarik minat para peserta untuk menyertai hari terbuka ini. Makanan tengah hari turut disediakan untuk para peserta yang hadir. Untuk penutupan, aktiviti di akhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Aktiviti bersurai pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: