dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Manis, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Lawatan Tabika Kemas Tanjung Manis Kumpulan A

11 November 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 10 November 2017, seramai 20 orang rombongan pelajar tabika kemas dengan dibimbing oleh 2 orang guru iaitu Puan Hanasah dengan Puan Hanipah telah datang melawat ke Pusat Internet 1 Malaysia Tanjung Manis. Kedatangan mereka disambut baik oleh pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia. Sesi mukadimah dimulakan dengan pengenalan Pusat Internet dan Program Klik Dengan Bijak (KDB). Selain itu, mereka turut diberitahu tentang kemudahan dan perkhidmatan yang ada disediakan di pusat tersebut. Mereka di beri pendedahan mengenai asas-asas komponen komputer dan fungsi kegunaan komponen tersebut.

Dengan itu, mereka lebih mengenali cara- cara penggunaan komponen komputer dengan betul. Di samping itu, mereka juga di ajar bagaimana menggunakan Microsoft Word untuk melatih dan memberi keyakinan kepada mereka untuk menggunakan komputer. Melalui usaha sebegini, sedikit sebanyak dapat membuka mata dan minda anak-anak untuk ingin belajar ICT dan tahu manfaat nya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.