dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Manis, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Lawatan Tabika Kemas Tanjung Manis Kumpulan B

18 November 2017 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu yang lepas, seramai 12 orang pelajar Tabika Kemas Tanjung Manis telah mengadakan lawatan ke Pusat Internet 1 Malaysia Tanjung Manis. Mereka di iringi oleh 2 orang guru pembimbing iaitu Puan Rozita dan Cik Nur Syuhada. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai penggunaan komputer. Mereka diberi taklimat ringkas mengenai fungsi Pusat Internet 1 Malaysia dan juga Program Klik Dengan Bijak (KDB). Disamping itu, mereka juga diberi penerangan mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan seperti kemudahan mencetak, laminating dan sebagainya.

Selain itu, mereka turut diberi penerangan tentang asas komponen komputer dan fungsinya. Melalui usaha ini, mereka dapat mengenali dan belajar menggunakan komputer di masa akan datang. Mereka berpeluang belajar menaip menggunakan Microsoft Word dengan bimbingan dari pihak bertugas. Usaha murni ini haruslah disemai dan dipupuk dalam kalangan masyrakat terhadap pengunaan komputer dalam kehidupan harian agar kita tdak ketinggalan dengan dunia luar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.