dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Manis, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus Asas Microsoft Powepoint 2013

12 Mac 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Mac 2017 yang lepas, seramai 20 orang peserta dari Komuniti 1 Malaysia Rajang telah menghadiri Kursus Asas Microsoft Powerpoint di Pusat Internet 1 Malaysia Tanjung Manis. Program ini dianjurkan oleh Jabatan penerangan Tanjung Manis. Selain daripada belajar mengendalikan Microsoft Powepoint , Pengenalan PI dan Klik Dengan Bijak (KDB) juga diselitkan dalam program tersebut. Taklimat ini diadakan bagi memberi pengenalan berkaitan fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh pihak PI. Selain itu, taklimat berkaitan program Klik Dengan Bijak turut disertakan dalam taklimat yang diadakan bagi memberi pendedahan tentang bahaya penyalahgunaan internet oleh masyarakat pada hari ini.

Disamping itu juga, setiap peserta diberi latihan secara berkumpulan dan individu. Selepas itu setiap peserta dipilih secara rawak untuk membentangkan hasil latihan masing-masing. Diharapkan kursus sebegini dapat dimanfaatkan oleh peserta dan diaplikasikan dalam pekerjaan masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.