dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Manis, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Ict Dan Kdb

23 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 September 2018, seramai 7 orang pelajar terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah menyertai Kelas ICT dan KDB yang bertempat di PI Tanjung Manis. Kelas bermula pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada 12.30 tengah hari. Seperti biasa, kelas akan dimulakan dengan pengenalan dan fungsi kegunaan perisian komputer. Ini bertujuan untuk memudahkan pelajar memahami dan tahu kegunaan sebelum menaip menggunakan komputer. Pelajar diberi tunjuk ajar cara menaip menggunakan aplikasi Microsoft Word seperti menukar saiz font dan juga menukar warna font.

Selain itu, mereka juga di ajar cara menyimpan dokumen yang telah siap ke dalam tempat penyimpan folder dan menamakan dokumen tersebut. Melalui Kelas ICT ini, sedikit sebanyak dapat mendedahkan mereka faedah yang diperolehi menggunakan komputer dengan cara yang berhemah. Bukan itu sahaja, pelajar turut diberi sedikit taklimat mengenai Klik Dengan Bijak ketika melayari internet terutamanya menonton aplikasi Youtube. Seperti yang kita tahu, Youtube dapat diakses oleh semua pengguna dan kita harus bijak menggunakannya. Untuk itu, pelajar digalakkan menggunakan Youtube untuk tujuan pembelajaran supaya dapat membantu dalam akademik dan bukan untuk hiburan semata-mata.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.