dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Manis, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas ICT Tanjung Manis

22 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada hari Ahad yang lepas, Pusat Internet 1 Malaysia Tanjung Manis mengadakan Kelas Asas Ict untuk Sesi Pertama iaitu bermula dari bulan Januari sehingga Mac 2018. Seramai 14 orang peserta yang mendaftar untuk mengikuti Kelas Asas Ict ini. Kelas akan diadakan pada hujung minggu sahaja mengikut kesesuaian masa pelajar. Mereka di bahagikan kepada dua kategori, iaitu kategori tahap 1: lapan orang pelajar sekolah rendah terdiri daripada umur 8 tahun sehingga 12 tahun, dan kategori tahap 2: enam orang pelajar dari lepasan SPM turut serta mengikuti Kelas Asas Ict.

Untuk hari pertama, mereka di beri taklimat pengenalan dan juga fungsi mengenai aplikasi Microsoft Word. Modul untuk pembelajaran Kelas Asas Ict ini disediakan mengikut tahap kemampuan para pelajar. Bagi sesi mukadimah, para pelajar turut di beritahu mengenai Klik Dengan Bijak dan cara menggunakan komputer dan internet secara berhemah. Khususnya, untuk para pelajar yang baru mengenali dunia ICT. Ini bertujuan, supaya mereka dapat menggunakan perkhidmatan yang ada dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.