Kelas Asas ICT Microsoft Power Point Tahap 1 (Fasa 2)

06 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mei 2018, seramai 8 orang pelajar Tahap 1 telah menyertai Kelas Asas ICT Microsoft Power Point bagi Fasa ke 2. Kelas diadakan pada pukul 9 pagi sehingga 4 petang. Bagi sesi pengenalan, pelajar diberi sedikit penerangan mengenai fungsi dan kegunaan Microsoft Power Point. Mereka di ajar cara – cara mengolah dan mengedit slide dengan menggunakan template yang sedia ada di dalam Microsoft Power Point.

Mereka diberikan tajuk mengenai ‘ Klik Dengan Bijak’ dan dikehendaki memasukkan maklumat dan memuat naik gambar dari carian Google. Di samping belajar aplikasi Microsoft Power Point, mereka juga di beri pendedahan mengenai menggunakan internet secara berhemah. Mereka juga di ajar cara menggunakan SmartArt bagi mempelbagaikan olahan slide yang menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali