dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Manis, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas Ict Dan Tayangan Dan Taklimat Klik Dengan Bijak

30 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Mei 2019, PI Tanjung Manis telah mengadakan Tayangan dan Taklimat Klik Dengan Bijak bersama pengguna yang sering berkunjung ke Pusat Internet. Mereka terdiri daripada pelajar yang berumur dari 14 tahun hingga 8 tahun. Tujuan taklimat tersebut bagi memberi kesedaran cara penggunaan internet yang betul terutamanya menggunakan Facebook. Kebanyakan dalam kalangan mereka sudah memiliki akaun Facebook persendirian. Maka dengan itu, Pusat Internet prihatin dan bertanggungjawab dalam memantau dan memberi kesedaran kepada mereka agar berhati-hati ketika menggunakan media sosial.

Antara tips yang dikongsikan kepada pengguna adalah seperti jangan terima rakan yang tidak dikenali, jangan berkongsi maklumat peribadi di media sosial, jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis, dan jangan mudah percaya dengan berita palsu serta jangan melayan dan berjumpa kenalan melalui Facebook.

Maka pantauan harus dibuat oleh ibu bapa dan penjaga ketika anak menggunakan media sosial bagi mengelakkan menjadi mangsa jenayah siber. Oleh itu, Klik lah Dengan Bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.