dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Manis, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Advokasi Dan Klik Dengan Bijak (KDB) SK Abg Gesa Belawai

15 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 November 2019, seramai 110 orang pelajar sekolah rendah telah mengikuti Program Advokasi dan Klik Dengan Bijak (KDB) yang bertempat di Sekolah Rendah Abg Gesa Belawai. Program ini di anjurkan dengan kerjasama dari Pusat Internet Kampung Jerijeh dan Pusat Internet Tanjung Manis serta dibantu oleh peserta Sukarelawan ICT 2019. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 1.00 Petang. Untuk sesi mukadimah, En. Mohammad Akbar selaku Pengurus PI Kg Jerijeh memberi ucapan beliau dan memperkenalkan Sukarelawan ICT yang terlibat sama.

Tujuan program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar di sekolah rendah supaya menggunakan internet dengan berhemah. Ini kerana, kebanyakkan dalam kalangan mereka sudah tahu menggunakan telefon pintar ketika berada di rumah selepas habis waktu pembelajaran. Antara aktiviti sampingan yang turut diadakan ialah permainan radio rosak. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk bermain permainan ini. Mesej yang ingin disampaikan melalui permainan ini ialah, jangan berkongsi maklumat yang tidak sahih. Akhir sekali, ribuan terima kasih di ucapkan kepada guru dan pelajar yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan program ini. Sampai jumpa lagi!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.