dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Manis, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Mini Mesyuarat Kluster Menarik Di TMMD

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mac 2019, Team untuk Kluster Menarik di Tanjung Manis, Matu dan Daro telah mengadakan Perjumpaan dan Mini Mesyuarat yang bertempat di Pusat Internet Tanjung Manis. Perjumpaan bermula pada jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang. Bagi sesi perjumpaan kali ini, tidak semua Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet yang terlibat, hanya 4 buah Pusat Internet sahaja yang turut serta. Antaranya ialah, Pengurus dan Penolong Pengurus dari PI Tanjung Manis, PI Jerijeh, PI Semop dan PI Daro sahaja.

Antara isu yang berbangkit ialah mengenai video tugasan setiap Pusat Internet yang terlibat. Pembahagian tugasan yang telah dirancang hendaklah dipatuhi oleh setiap Pusat Internet. Selain itu, Ketua Kluster, En. Nejatullah turut menyentuh isu mengenai cara untuk penambahbaikan laman Facebook bagi menambah Like serta tontonan video terbanyak. Pengagihan kotak E-waste juga diberikan kepada setiap Pusat Internet yang telah sampai beberapa hari yang lalu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.