dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Manis, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Lawatan Sambil Belajar Sedidik Mutiara Tanjung Manis

22 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 November 2019, seramai 9 orang pelajar taska dari Sedidik Mutiara Tanjung Manis telah berkunjung ke Pusat Internet Tanjung Manis. Mereka di iringi oleh seorang guru iaitu Cikgu Rossita dan juga pembantunya, Cik Morzianna. Kehadiran mereka disambut mesra oleh staf Pusat Internet dan juga dibantu oleh seorang peserta Sukarelawan ICT.

Dalam lawatan itu, peserta Sukarelawan memberi taklimat mengenai pengenalan asas komponen komputer kepada mereka. Selepas itu, mereka di ajar cara untuk menggunakan tetikus, papan kekunci dan juga monitor. Adik- adik sangat teruja kerana ini pertama kali mereka dapat memegang sendiri komponen komputer. Selain itu, antara aktiviti yang diadakan ialah mewarna menggunakan Ms. Paint dan juga abcya.com. Ribuan terima kasih di ucapkan kepada sukarelawan ICT kerana banyak membantu dalam memberi bimbingan dan tenaga kepada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.