dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Manis, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kelas Editing Gambar Menggunakan Aplikasi Canva

12 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 November, 2020, seramai 2 orang pengguna telah berkunjung ke Pusat Internet Komuniti Tanjung Manis. Mereka berdua ingin belajar cara mengedit gambar menggunakan aplikasi Canva melalui telefon pintar. Kini, aplikasi Canva boleh di muat turun di dalam Playstore. Masa di ambil hanya dalam 30 minit sahaja, iaitu bermula pada pukul 11.30 pagi dan tamat sehingga 12.00 tengah hari.

Dengan itu, ia akan memudahkan para pengguna untuk mengedit gambar bila- bila masa dan dimana jua berada. Akan tetapi, aplikasi ini boleh diguna pakai dengan adanya data atau capaian jalur lebar sahaja. Untuk pengguna kali pertama, mereka dikehendaki mendaftar ke akaun Canva terlebih dahulu. Kelebihan menggunakan Canva ialah pengguna boleh menyimpan kerja yang telah dihasilkan dalam akaun Canva itu sendiri. Pelbagai ratusan jenis template percuma yang turut disediakan dalam Canva.

Semoga bimbingan yang diberikan dapat memberi manfaat kepada pengguna. Sebelum mengakhiri kelas ringkas ini, pengguna diberi Taklimat Klik Dengan Bijak, iaitu mengenai Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.