dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Manis, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

E-Learning & Ujian SPA Atas Talian

20 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 November 2020, seorang pengguna telah datang ke Pusat Internet Tanjung Manis bagi menduduki Ujian SPA iaitu Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) bagi jawatan Penguasa Bomba Gred KB41. Ujian atas talian mengambil masa 1 jam 45 minit.

Setelah selesai menjawab soalan Ujian SPA, pengguna diberi sedikit ilmu mengenai tips mahir dalam sesi temuduga. Selain itu, pengguna sentiasa diingatkan jangan mudah terpedaya dengan skim pencarian kerja jika terdapat individu yang menawarkan kerja kosong tetapi meminta calon untuk memberi bayaran bagi mendapatkan jawatan tersebut.

Hal ini pernah terjadi, apabila penipu menyamar sebagai agensi pencari kerja yang membantu individu ingin mendapatkan kerja diinginkan oleh mangsa. Mangsa dikehendaki membayar sejumlah wang yang ditetapkan dahulu sebelum menjawat jawatan tersebut.

Pengguna diingatkan untuk berwaspada mengunakan internet terutamanya Facebook bagi menggelakkan menjadi mangsa tipu atas talian. Gunakanlah internet dengan cara yang berhemah.

Kesemua pengunjung Pusat Internet hendaklah mematuhi norma baharu ketika berkunjung ke Pusat Internet. Wajib menggunakan pelitup muka dan mengambil bacaan suhu sebelum masuk.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.