dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Manis, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Tutorial Membuat Resume

10 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Januari, seorang pelajar Institusi Kolej Vokasional Tahun Akhir Diploma Perakaunan telah berkunjung ke Pusat Internet Komuniti Tanjung Manis untuk belajar membuat resume. Beliau merupakan ahli PIK Tanjung Manis sejak 2019 lagi. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet Komuniti lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik Covid 19 yang melanda ini.

Tutorial resume bermula pada Jam 9.00 pagi dan berakhir pada 10.00 pagi. Beliau belajar cara membuat resume yang ringkas, padat dan lengkap. Tujuan beliau belajar membuat resume bagi persiapan untuk memohon pekerjaan diluar sana setelah tamat pengajian.

Walaupun mengadakan kelas secara fizikal di Pusat Internet Komuniti, pengguna diminta patuh pada SOP yang telah ditetapkan. Iaitu sentiasa memakai pelitup muka sepanjang masa. Sebelum memulakan tutorial, suhu badan pengguna di ambil dan tangan di sanitasi terlebih dahulu.

Taklimat Klik Dengan Bijak dan Kempen Tidak Pasti Jangan Kongsi pula turut disampaikan kepada pengguna agar sentiasa berwaspada dengan berita tidak sahih. Pengguna sering kali di ingatkan agar menggunakan internet secara berhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.