dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Manis, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Belajar Membuat Surat Rasmi

18 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Januari, seorang komuniti di Tanjung Manis telah berkunjung ke Pusat Internet Komuniti Tanjung Manis untuk belajar membuatsurat rasmi. Beliau merupakan ahli PIK Tanjung Manis sejak 2018 lagi. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet kerana beliau juga adalah seorang usahawan PIK Tanjung Manis.

Kelas ini bermula pada Jam 3.00 petang dan berakhir pada 4.00 petang. Beliau belajar cara membuat surat rasmi yang ringkas iaitu bertujuan ingin memohon pengecualian menghantar anaknya ke sekolah berikutan tempoh PKP di Sibu. Walaupun mengadakan kelas secara fizikal di Pusat Internet Komuniti, pengguna diminta patuh pada SOP yang telah ditetapkan. Iaitu sentiasa memakai pelitup muka sepanjang masa. Sebelum memulakan tutorial, suhu badan pengguna di ambil dan tangan di sanitasi terlebih dahulu.

Taklimat Klik Dengan Bijak dan Kempen Tidak Pasti Jangan Kongsi pula turut disampaikan kepada pengguna agar sentiasa berwaspada dengan berita tidak sahih. Pengguna sering kali di ingatkan agar menggunakan internet secara berhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.