dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Manis, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Kelas Asas ICT Membuat Jadual

10 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Februari, seorang pelajar Tingkatan 4, telah berkunjung ke Pusat Internet Komuniti Tanjung Manis untuk belajar membuat jadual. Beliau merupakan ahli PIK Tanjung Manis sejak 2017 lagi. Tutorial membuat jadual bermula pada Jam 9.00 pagi dan berakhir pada 10.00 pagi. Beliau belajar cara membuat jadual yang ringkas, padat dan lengkap. Tujuan beliau belajar membuat jadual bagi memenuhi tugasan online yang disuruh oleh guru beliau.

Walaupun mengadakan kelas secara fizikal di Pusat Internet Komuniti, pengguna diminta patuh pada SOP yang telah ditetapkan. Iaitu sentiasa memakai pelitup muka sepanjang masa. Sebelum memulakan tutorial, suhu badan pengguna di ambil dan tangan di sanitasi terlebih dahulu. Taklimat Klik Dengan Bijak dan Kempen Tidak Pasti Jangan Kongsi pula turut disampaikan kepada pengguna agar sentiasa berwaspada dengan berita tidak sahih. Pengguna sering kali di ingatkan agar menggunakan internet secara berhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.