dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Manis, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Cara Mudah Membuat Facebook Page

28 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Jun 2022, PEDi Tanjung Manis telah berkongsi cara-cara membuat Faceboook Page secara atas talian. Mungkin ramai yang sudah sedia maklum tentang cara buat Facebook Page untuk bisnes online mereka. Namun begitu, masih ada segelintir pemilik bisnes yang tidak tahu cara buat Facebook Page malahan ada juga yang tidak tahu samada bisnes mereka sudah mempunyai Facebook Page atau belum! Hal ini mungkin kedengaran pelik atau tidak logik, namun ini adalah hakikat yang tidak mustahil terjadi di dalam dunia bisnes online. Dalam dunia bisnes online kini, Facebook Page bukan lagi satu pilihan tetapi merupakan satu keperluan asas dan wajib dimiliki oleh setiap bisnes online.

Facebook Personal dan Facebook Page adalah perkara yang sama. Hakikatnya, ia adalah 2 perkara yang mempunyai fungsi yang berbeza. Namun begitu, syarat untuk mempunyai Facebook Page adalah anda perlu mempunyai akaun Facebook Personal terlebih dahulu. Kemudian baru anda boleh wujudkan sebuah Facebook Page untuk bisnes online anda. Jika anda masih belum mempunyai sebuah Facebook Page, mari kami kongsikan 8 step by step tentang cara buat Facebook Page untuk bisnes online anda.

Untuk panduan cara buat facebook page ini, kami menyarankan agar anda menggunakan komputer (PC) atau laptop supaya lebih mudah untuk anda ikut dan faham. Sebelum anda mula untuk buat facebook page, pastikan anda sudah mempunyai akaun Facebook Personal (akaun facebook peribadi). Jika anda masih belum mempunyai akaun facebook personal, anda boleh daftar di sini : Daftar Akaun Baru Facebook.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.