Kursus Keusahawanan Dan Pemasaran Atas Talian PI Zon Central Sibu
07 Ogos 2017 | Aktiviti TerkiniPada 4 - 6 ogos 2017 yang lepas, PI Zon Central sibu telah menghadiri Kursus Keusahawanan & Pemasaran Secara Atas Talian Fasa 1 Di Sibu. Pada hari pertama kursus tersebut, para peserta diberi pendedahan tentang Pengurusan Buku Kira-Kira daripada Dr. Abg Feizal. Seterusnya Teknik-teknik Operasi & Penjimatan dalam Operasi Terkini, Perbezaan antara Pemasaran dan Jualan daripada Pensyarah UITM iaitu Encik Ahmad Faisal.
Pada hari kedua pula, peserta didedahkan dengan Jenis-jenis Peniagaan Online & Platform Pemasaran Berkesan Alaf 21 daripada Cik Kamelia Pensyarah Kolej Komuniti, Kuching. Dan, pada hari terakhir kursus tersebut Encik Ahmad Faisal memberi pendedahan para peserta dengan Teknik-teknik Pemasaran manakala Dr. Abg Feizal menerangkan tentang Pengurusan Buku Kira-Kira.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: