Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Iftitah Restaurant & Resort
Iftitah Restaurant & Resort menjalankan perniagaan restoran dan juga aktiviti yang menyokong industri pelancongan tempatan seperti tapak perkelahan,perkhemahan,kolam renang kanak-kanak,aktiviti memanah dan perkhidmatan penginapan seperti Chalet dan sebagainya.Iftitah Restaurant & Resort ialah tapak perkelahan baharu yang terletak di Pantai Belawai.Lokasi ini mengambil masa 20 hingga 30 minit dari pusat Bandar Baru Tanjung Manis dan pihak pengunjung boleh rujuk panduan perjalanan melalui aplikasi Google Map.Iftitah Restaurant & Resort mula beroperasi dari pukul 8.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari.
Iftitah Restaurant & Resort ( Caj perkhidmatan penginapan)
Untuk sebarang tempahan penginapan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Iftitah Restaurant & Resort,anda boleh hubungi Encik Ibnee (013 839 0202) dan Encik Mahzee (013 571 4613).Selain itu,untuk memudahkan pihak pengunjung ingin mengetahui lebih lanjut tentang Iftitah Restaurant & Resort anda boleh melayari web yang tertera dan sebarang pertanyaan atau cadangan boleh sahaja email kepada pihak Iftitah Restaurant & Resort.
Emel : 1ftitahrestaurantnresort@gmail.com
website : www.iftitahbelawai.com
Google + & Maps : Iftitah Restaurant & Resort
Taman Awam Bandar Baru Tanjung Manis
Taman Awam Bandar Baru Tanjung Manis ini terletak dipusat Bandar Baru Tanjung Manis.Lokasi ini amat strategik kerana ia dikelilingi penempatan penduduk setempat.Selain itu juga, tempat ini menjadi tumpuan diwaktu petang oleh penduduk setempat untuk aktiviti riadah.
Terminal Bot Express Bandar Baru Tanjung Manis
Terminal Bot Express Tanjung Manis merupakan pusat singgahan bot express dari pelbagai kawasan contohnya Sarikei,Kuching dan sebagainya.Bagi pengunjung yang ingin berkunjung ke Tanjung Manis, tempat ini adalah tempat wajib untuk dikunjungi kerana banyak kemudahan yang telah disediakan seperti tempat makan, gerai jualan kraftangan, tandas awam dan sebagainya.