Program Kesedaran Latihan Kebakaran Di PPR PI Seduan Rantau Panjang
06 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniPada 5 Mei 2017 yang lepas, seramai 31 orang peserta yang telah terdiri daripada kakitangan PI Zon Sentral Sibu dan Penduduk setempat Rantau Panjang telah menghadiri Program Kesedaran Latihan Kebakaran Di PPR Seduan Rantau Panjang ini. Memberi pendedahan kepada para peserta tentang bahayanya kebakaran. Memperkenalkan peralatan yang digunakan oleh ahli bomba sekiranya berlakunya sebarang musibah seperti kebakaran dan kemalangan Memberi pengetahuan tentang cara-cara memadam kebakaran.
Taklimat dan asas memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api. Jenis-jenis alat pemadam api yang bersesuai dengan situasi kebakaran dan tempat.Mengetahui lebih lanjut mengenai tugas-tugas bomba secara meluas dan tidak terhad kepada memadam kebakaran. Memberi pendedahan kepada kakitangan PI dan JKKK PPR Seduan Rantau Panjang tentang apa yang harus dilakukan dan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: