Hari Usahawan Zon Tanjung Manis
12 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 10 – 11 Mac 2018, Hari Usahawan Zon Tanjung Manis telah di adakan dengan meriahnya selama dua hari berturut. Pelbagai aktiviti menarik yang turut di adakan pada waktu itu. Contohnya seperti bermain futsal terbuka lelaki, pertandingan karaoke terbuka, permainan tarik tali dan juga aktiviti memancing yang bertempat di Terminal Bandar Baru Tanjung Manis.
Sebanyak 30 gerai kecil dibuka oleh para usahawan tempatan Zon Tanjung Manis. Mereka menjual pelbagai jenis barangan dan juga banyak pilihan makanan. Pesta ini diadakan untuk merapatkan silaturahim antara penduduk setempat. Pihak PI juga mengambil kesempatan untuk memberi maklumat mengenai fungsi PI dan juga kemudahan yang ditawarkan. Mereka turut di beritahu mengenai apa itu E-waste dan Check Your Label.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: