Program Advokasi Sempena Perlumbaan Power Boat Belawai 2018
2 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 8 September 2018 telah berlansung perlumbaan power boat di Belawai. Pada hari tersebut Pusat Internet Tanjung Manis telah bersama-sama membuat program Advokasi E-waste Booth. Pada sebelah pagi, ketibaan Perdana Menteri Sarawak iaitu Abang Johari Abang Haji Openg.
Setelah selesai berucap, Beliau merasmikan tukun tiruan ikan dan taman permainan baru di Belawai.Selepas itu beliau melawat tapak-tapak gerai dan agensi kerajaan yang terdapat di Tapak pesta tersebut. Program ini adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet). Di samping itu juga ia dapat mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet.
Aktiviti seperti ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Program Ewaste ini juga adalah untuk menyedarkan komuniti tentang pelupusan barangan elektronik yang tidak diguna lagi daripada dibuang di tempat yang tidak sepatutnya. Sekian Terima Kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: