Program Advokasi (E-Waste) Dan Usahawan Pasar Ria Kampung Hulu Rajang
09 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 dan 8 April 2018, Persatuan Usahawan Tempatan Kampung Hulu Rajang telah mengadakan aktiviti jualan Pasar Ria sempena sambutan Hari Usahawan di sekitar kawasan tersebut. Aktiviti tersebut berlangsung selama dua hari berturut-turut. Untuk pembukaan, aktiviti dimulakan pada pukul 7.00 pagi iaitu dengan berjalan 10 ribu langkah dan juga tarian poco-poco yang diketuai dari anggota KOSPEN. Ramai penduduk di sekitar kawasan tersebut turut berkunjung dan membeli makanan dan kuih muih yang dijual.
Selain itu juga, pertandingan karaoke terbuka juga ada dipertandingkan. Dengan kesempatan itu, pihak PI juga turut mengambil peluang membuka booth untuk ruangan ICT dan memberi penerangan ringkas mengenai Pusat Internet 1 Malaysia tentang kemudahan yang disediakan. Pihak PI juga memberi taklimat mengenai Klik Dengan Bijak dan Check Your Label kepada mereka yang ada berkunjung ke booth. Untuk hari kedua, aktiviti diteruskan dengan pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak berumur 5 sehingga 10 tahun. Pada sebelah petang pula, cabutan tiket bertuah turut diadakan bagi memeriahkan lagi aktiviti hari usahawan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: