Kelas Asas ICT Ms. Power Point Tahap 1

13 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mei 2108, Kelas Asas ICT Ms. Power Point untuk Tahap 1 telah diadakan bertempat di Bilik Latihan PI Tanjung Manis. Kelas berlangsung selama 3 jam iaitu bermula dari pukul 9 pagi sehingga pukul 12 tengah hari. Untuk kelas kali ini, pelajar di ajar cara mengakses internet menggunakan enjin carian Google untuk mencari gambar yang sesuai bagi diletakkan sebagai latar belakang ke dalam slide.

Topik mereka ialah mengenai ‘Kebaikan Internet Kepada Pelajar’. Di samping belajar membuat slide menggunakan aplikasi Ms. Power Point, mereka juga didedahkan tentang kebaikan menggunakan internet terhadap para pelajar. Internet bukan sahaja digunakan sebagai bahan hiburan, tetapi digunakan untuk mencari pelbagai maklumat yang berguna. Khususnya, membantu dalam menyiapkan latihan pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali