Kelas Asas ICT Microsoft Word Sesi 1 Bersama Usahawan Kecil (Kategori Dewasa) 2018

16 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 15 September 2018, seramai 10 orang usahawan kecil mengikuti Kelas Asas ICT Pusat Internet Tanjung Manis. Kelas Bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan Usahawan Kecil ini fungsi dan keperluan Microsoft Word dalam aktiviti harian mereka menjalankan perniagaan.

Pada hari tersebut, mereka diajar cara membuka aplikasi Microsoft Word, kemudian diajar untuk memegang tetikus dengan betul. Selepas itu, mereka juga diberi modul untuk menaip. Mereka juga diajar cara memasukkan gambar, membuat jadual, menukar tulisan, dan sebagainya. Sebelum bersurai, mereka juga diberi pendedahan tentang Klik Dengan Bijak. Tentang keselamatan penggunaan Internet pada zaman siber ini. Diharapkan semoga ilmu diperolehi pada hari ini mendapatt manfaat dalam aktiviti harian mereka kelak. Sekian Terima Kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali