UJIAN PENILAIAN MENCIPTA & MEMBUAT IKLAN PRODUK USAHAWAN
3 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 2 Disember 2018, seramai 14 orang dewasa terdiri daripada golongan usahawan tempatan kecil dan suri rumah telah menduduki Ujian Penilaian mencipta dan membuat iklan produk usahawan mengikut kreativi masing- masing. Masa ditetapkan adalah 2 jam sahaja iaitu bermula dari jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 11.00 pagi. Antara aspek yang di ambil kira ialah cara mengolah dan mengedit gambar menggunakan frame, outline frame dan warna garisan pada frame gambar. Selain itu juga, penggunaan font serta kekemasan susunan pada gambar dan ayat turut diberi markah.
Keputusan dari ujian penilaian tersebut amat membanggakan kerana mereka mampu memberikan yang hasil yang terbaik. Ini kerana, kebanyakkan mereka sebelum ini tidak pernah tahu dan mengenal apa itu tetikus dan papan kekunci. Setelah mengikuti kelas asas komputer selama 3 bulan, kini mereka lebih mahir dan tidak kekok menggunakan tetikus.
Benarlah peribahasa menyebut, Usaha Tangga Kejayaan. Jangan pernah jemu belajar sesuatu yang baru kerana usia bukan penghalang untuk menimba ilmu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: