HARI TERBUKA PI TANJUNG MANIS BERSAMA TENAGA PENGAJAR & PELATIH PUSAKA SERTA KOMUNITI TANJUNG MANIS

8 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Disember 2018, Pusat Internet Tanjung Manis telah mengadakan Hari Terbuka yang diadakan sekali dalam setahun. Tujuan hari terbuka di anjurkan bagi mengeratkan silaturahim bersama komuniti setempat serta memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui lebih lanjut lagi berkaitan dengan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet. Ini kerana, ada segelintir mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke pusat intenet disebabkan waktu bekerja serta ada yang masih belum tahu kewujudan perkhidmatan Pusat Internet ini.

Dengan kesempatan ini, pihak PI Tanjung Manis amat mengalu – alukan kedatangan komuniti setempat untuk turut serta bagi menyambut hari terbuka ini. Tetamu jemputan ialah En. Mohd Razif selaku Tenaga Pengajar Timber Training Centre dan Pelatih PUSAKA kerana mereka telah memberi sumbangan serta kerjasama bagi menjayakan Program Inovasi Merdeka bersama dengan PI Tanjung Manis sempena Bulan Kemerdekaan 2018.

Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah Pertandingan Slide Power Point Menarik bagi kategori umur 12 tahun kebawah, Pertandingan Iklan Niagaku kategori Dewasa, Kuiz Klik Dengan Bijak dan Cabutan Bertuah. Bagi pemenang Kategori umur 12 tahun kebawah telah dimenangi oleh Adik Nur Dhia Zulaikha dan pemenang bagi Iklan Niagaku Kategori Dewasa telah dirangkul oleh Pn. Normi. 

Di samping itu juga, penyampaian sijil penyertaan Kelas Asas ICT Kategori Dewasa Fasa 1 turut diberikan kepada peserta yang telah menghadiri kelas selama 3 bulan lamanya. Ini adalah untuk memberi penghargaan bagi usaha mereka yang tidak pernah jemu untuk menuntut ilmu ICT walaupun ada dalam kalangan mereka merupakan suri rumah sepenuh masa dan sudah berkerja.

Sebelum bersurai, jamuan tengah hari disajikan kepada mereka yang datang. Terima Kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat bagi menjayakan hari terbuka Pusat Internet Tanjung Manis. Semoga bertemu lagi di lain masa akan datang.   

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali