Ujian Penilaian Microsoft Power Point Tahap 1
20 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mei 2018, seramai 6 orang pelajar kelas ICT Tahap 1 datang menduduki ujian penilaian Microsoft Power Point bagi Fasa ke 2. Tujuan ujian penilaian dijalankan adalah untuk mengetahui kefahamam dan kebolehan pelajar menggunakan aplikasi Ms. Power Point. Masa diberikan selama 1jam 30 minit iaitu bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga pukul 11.00 pagi. Topik yang dibentangkan ialah "Tempat Menarik di Malaysia".
Keseluruhannya, para pelajar telah menunjukkan kebolehan mereka menguasai Microsoft Power Point dengan baik. Mereka mampu menghasilkan slide yang menarik menggunakan animasi dan memasukkan gambar yang menepati kehendak soalan diberikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: