Ujian Penilaian Asas Microsoft Word Kumpulan 1 Dan Kumpulan 2
18 Febuari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 17 Febuari 2019, seramai 20 orang pelajar lepasan SPM & STPM menghadiri Ujian Penilaian Asas Microsoft Word . Kelas diadakan pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 5.00 petang. Ujian penilaian ini adalah adalah untuk menguji tahap pemahaman mereka tentang Microsoft Word. Pada kelas yang lepas, mereka diberi penjelasan mengenai kepentingan menguasai aplikasi Microsoft Word untuk masa hadapan.
Mereka diajar membuat jadual mengikut modul yang telah disediakan. Selain itu juga mereka diajar memasukkan jadual , menambah jadual , membuang jadual, memasukkan perkataan di dalam jadual dan sebagainya. Mereka juga diberi latihan untuk menaip. Selepas menaip mereka diajar cara untuk menyimpan dokumen dan menukar dokumen tersebut kepada pdf. Turut diselitkan juga mengenai apa itu KDB dan juga e-waste kepada para peserta. Diharap semua pelajar berjaya menguasai asas Microsoft yang telah diajar. Sekian Terima Kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: