Kelas Asas Ict Microsoft Excel Dan Ujian Penilaian Microsoft Word Tahap 1
7 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 6 April 2018, seramai 11 orang pelajar Tahap telah menghadiri Kelas Asas ICT Microsoft Excel di Bilik Latihan PI Tanjung Manis. Kelas bermula pada pukul 8.00 petang dan tamat sehingga 5.00 petang.. Untuk hari pertama, mereka di beri taklimat pengenalan dan juga fungsi mengenai aplikasi Microsoft Excel. Modul untuk pembelajaran Kelas Asas Ict ini disediakan mengikut tahap kemampuan para pelajar. Pelajar diajar mengenali excel iaitu sel, baris dan lajur. Mereka diberi latihan menaip dan memasukkan data dalam bentuk jadual.
Bagi sesi mukadimah, para pelajar turut di beritahu mengenai Klik Dengan Bijak dan cara menggunakan komputer dan internet secara berhemah. Khususnya, untuk para pelajar yang baru mengenali dunia ICT. Ini bertujuan, supaya mereka dapat menggunakan perkhidmatan ineternet yang ada dengan betul.
Selain itu, seorang pelajar tahun 3 juga turut datang pada hari yang sama bagi menduduki Ujian Penilaian Ms. Word setelah menghadiri kelas Ms. Word selama tiga bulan. Ujian berlangsung selama 3 jam sahaja iaitu bermula dari pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Ini bertujuan untuk menilai sejauh mana keberkesanan dan tahap pemaham pelajar dalam menguasai Ms. Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: