Program Advokasi & Kdb Sempena Karnival Pantai Belawai
8 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniKarnival Pantai Belawai telah diadakan pada 4 Julai 2019 sehingga 14 Julai 2019 secara besar-besaran di Tapak Pesta Belawai. Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg juga hadir bagi merasmikan Karnival Pantai pada 6 Julai bersama rakan seperjuangan yang lain iaitu Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat, Abdullah Saidol dan Ahli Parlimen Tanjung Manis, Yusuf Abd Wahab.
Tujuan utama acara tahunan itu dijalankan bagi silaturahim antara penduduk dan sekaligus usaha untuk mempromosikan Pantai Belawai sebagai salah satu tarikan pengunjung. Pelbagai acara yang diadakan seperti acara sukan pantai, cabutan tiket bertuah, hiburan malam dengan artis tempatan dan juga terdapat gerai beraneka jualan bagi membuka peluang peniagaan kepada peniaga kecil tempatan. Di kesempatan itu, inilah masa yang sangat sesuai untuk mempromosikan perkhidmatan Pusat Internet dan juga fungsi ditubuhkan.
Risalah mengenai Tidak Pasti Jangan Kongsi turut diedarkan kepada pengunjung yang hadir. Pengunjung juga diberi sedikit taklimat mengenai Klik Dengan Bijak dan jangan menjadi mangsa penipuan di atas talian. Sekiranya menerima sebarang mesej atau panggilan yang meragukan, mereka boleh membuat aduan terus ke pihak MCMC.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: