Program Advokasi Klik Dengan Bijak Dan Keusahawanan Sempena Hari Pelanggan Perpusatakkan Desa Kampung Jerijih
15 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 14 April 2019, seramai 200 orang pengunjung telah menyertai Program advokasi, klik dengan bijak, dan keusahawanan sempena hari pelanggan perpusatakkaan desa kampung jerijih 2019. Jam 08:00 Pagi – 02:00 Petang. Program ini bertempat di Dewan Masyarakat Jerijih. Pada hari tersebut pelbagai aktiviti diadakan untuk mengeratkan hubungan antara komuniti. Di antara aktivit yang diadakan ialah pertandingan mewarna, pertandingan memasak, pertandingan membuat gubahan , kraftangan dan gerai jualan usahawan.
Di samping itu juga, pengunjung turut diberi pededahan tentang Program Advokasi Ewaste , Klik Dengan Bijak dan Keusahawanan. Taklimat ringkas ini adalah untuk memberi kesedaran tentang menggunaan perkhidmatan internet secara berhemah. Manakala untuk Advokasi pula adalah program tentang pelupusan bahan elektronik dengan cara yang betul. Untuk taklimat keusahawanan pula ialah menggalakkan usahawan kecil di sekitar kampung belajar cara-cara mempromosikan produk yang dihasilkan melalui media sosial terutanmya facebook dan isntagram.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: