Kelas Membuat Latihan Dan Rancangan Perniagaan
10 Febuari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 9 Febuari 2019, seramai 4 orang pelajar menyertai kelas Microsoft Word yang diadakan di Bilik Latihan PI Tanjung Manis. Kelas bermula pada jam 2:00 petang dan tamat pada 5:00 petang. Sebelum memulakan kelas, mereka diberi taklimat KDB dan Advokasi iaitu E-Waste. Selepas itu mereka diajar membuat Latihan di komputer masing-masing.
Mereka juga diajar cara membuat rancangan perniagaan. Hal ini dapat membantu mereka untuk memulakan perniagaan di masa hadapan kelak. Selain itu juga mereka diberi sedikit taklimat tentang pishing iaitu keselamatan ketika melayari internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: