Kelas Asas ICT Ms. Word
17 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada November 2019, seramai 12 orang peserta telah menyertai Kelas Asas ICT yang diadakan bertempat di Bilik Latihan PI Tanjung Manis. Kelas bermula pada pukul 2.00 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang. Seperti biasa,sebelum bermulanya kelas, peserta diberi sedikit pendedahan tentang Advokasi iaitu cara melupuskan barangan elektronik dengan betul.
Disamping itu juga, mereka juga diberi pendedahan dengan sedikit taklimat klik dengan bijak. Klik dengan bijak bermaksud menggunakan perkhidmatan onternet dengan berhemah dan berhati-hati. Kali ini, peserta di ajar memasukkan menggunakan aplikasi Microsoft Word. Kebanyakan daripada peserta separa mahir menggunakan aplikasi tersebut, Oleh itu mereka diberi modul untuk menaip dan diajar menggunakan aplikasi tersebut dengan betul. Mereka juga dibantu oleh sukarelaan komuniti Pusat Internet Tanjung Manis.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: