Kelas Asas Ict Microsoft Word Kumpulan 1 (Fasa 1/2019)
20 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 19 Januari 2019, seramai 10 orang pelajar lepasan STPM menghadiri Kelas Asas ICT Microsoft Word Tahap 2. Kelas diadakan pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 12.30 petang. Mereka diberi penjelasan mengenai kepentingan menguasai aplikasi Microsoft Word untuk masa hadapan. Mereka di ajar cara menaip dokumen dengan kemas dengan mengunakan line spacing yang bersesuaian mengikut format yang dikehendaki.
Selain itu juga, mereka turut diajar membuat resume. Mereka diberi ruang untu menaip resume berdasarkan kelayakan akademik masing-masing. Selain itu mereka juga diajar menggunakan Canva. Disamping itu juga mereka diajar membut gmail untuk keperluan masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: