Kelas Keusahawanan Dan Teknik Mempromosikan Produk
17 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada November 2019, seramai 3 orang peserta telah menyertai Kelas Keusahawanan yang diadakan bertempat di Bilik Latihan PI Tanjung Manis. Kelas bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 1.00 Tengahari. Seperti biasa,sebelum bermulanya kelas, peserta diberi sedikit pendedahan tentang Advokasi iaitu cara melupuskan barangan elektronik dengan betul. Disamping itu juga, mereka juga diberi pendedahan dengan sedikit taklimat klik dengan bijak. Klik dengan bijak bermaksud menggunakan perkhidmatan internet dengan berhemah dan berhati-hati.
Pada hari ini, peserta diberi sedikit taklimat tentang keusahawanan digital. Peserta perlulah mempunyai akaun facebook untuk membuat pages iaitu nama produk atau perniagaan yang diusahakan. Peserta diberi penjelasan tentang facebook iaitu menjenamakan produk, memuat turun gambar, melengkapkan profil diri dan penjelasan tentang produk masing-masing. Selepas itu mereka diajar cara teknik menggambar produk supaya kelihatan menarik. Supaya pelanggan tertarik dengan produk yang dihasilkan. Kelas ini juga adalah dengan kerjasama bersama Sukarelawan (MIV) Pi Tanjung Manis.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: