Kelas Asas ICT Ms. Word Belajar Format Surat Rasmi , KDB Dan Advokasi
24 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 23 November 2019, perjumpaan pertama peserta kelas ICT iaitu seramai 4 orang pelatih Pusaka Tanjung Manis telah menyertai Kelas Asas ICT Ms. Word yang diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Tanjung Manis. Kelas bermula pada pukul 2 petang dan tamat pada pukul 5 petang. Pada Hari ini, mereka diberi penerangan tentang format surat rasmi.
Seperti biasa, sebelum memulakan kelas, peserta diberi taklimat Klik Dengan Bijak dan Advokasi . Hal ini bertujuan untuk mengingatkan pengguna internet supaya sentiasa berhati-hati dan bijak apabila menggunakan internet. Pada hari tesebut, dua orang sukarelawan membantu memberi tunjuk ajar kepada pelatih Pusaka tersebut. Mereka diajar membuat surat rasmi. Sebelum itu, mereka diberi penerangan tentang format yang betul dalam surat rasmi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: