PROGRAM E-USAHAWANAN DIGITAL KENYALANG ACHIEVERS
13 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPada 12 Mei 2019, seramai 20 orang peserta terlibat dengan Program e-Usahawan yang diadakan di Pusat Internet PPR Sibu Jaya. Program ini telah dikendalikan oleh Encik Wan Najib Wan Hamdan iaitu pensyarah dari UITM Kuching. Program ni bermula pada pukul 9-5 petang.Pada hari tesebut, peserta diajar menggunakan facebook page untuk mempromosikan perniagaan masing-masing.
Peserta diajar membuat username pada page tersebut untuk memudahkan pencarian di google. Selain itu juga peserta diajar membuat Instagram untuk mempromosikan perniagaan masing-masing. Dalam Instagram terdapat pelbagai teknik untuk mempromosi produk iaitu teknik menggambar produk. Sebelum bersurai, peserta diberi boring soal selidik untuk maklum balas terhadap program tersebut. Diharapkan supaya program tersebut dapat memberi impak positif kepada peniaga untuk memperkembangkan lagi perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: