Kelas Ms. Word Membuat Rancangan Perniagaan & Kdb
25 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 24 Februari 2020, Seorang peserta tahap 2 telah menghadiri Kelas Ms. Word yang bertempat di PI Tanjung Manis. Kelas bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 1.00 petang.
Pada hari ini, diajar membuat Rancangan perniagaan berdasarkan modul yang telah ditetapkan. Rancangan pernigaan tersebut adalh sebagai persediaan untuk memulakan perniagaan. Gambar produk diambil seperti di dalam modul melalui aplikasi google, lalu memasukkan ke dalam rancangan perniagaan tersebut.
Selain itu, peserta turut diberi Taklimat Klik Dengan Bijak iaitu topik Tidak Pasti Jangan Kongsi. Peserta di ingatkan untuk mengunakan internet dengan cara yang betul. Pastikan kesahihan maklumat itu betul dan jangan berkongsi sebarang maklumat tanpa usul periksa bagi mengelakkan berkongsi maklumat palsu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: