Bengkel Sukarelawan (Miv) Secara Atas Talian Bersama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia
6 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 5 September 2020 yang lepas , 2 orang sukarelawan (MIV) telah telibat dalam Bengkel secara atas talian di Pusat Internet Tanjung Manis. Bengkel ini bermula pada pukul 10:00 Pagi - 1.00 Petang. Bengkel ini juga turut dihadiri oleh Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Tanjung Manis.
Sebelum bermulanya bengkel ini, peserta mestlah mengisi borang pendaftaran secara atas talian terlebih dahulu. Selepas itu peserta diberi taklimat tentang Klik Dengan Bijak. Selepas itu sukarelawan diberi tugasan untuk memberi kesedaran kepada komuniti iaitu kempen kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Tugasan selama dua bulan ini adalah untuk sukarelawan memberi maklumat kepada komuniti atau sesiapa sahaja iaitu mengenai jangan keliru antara berkongsi pandangan dan menyebarkan penipuan, beringat bila bercakap, luahkan pendapat berdasarkan fakta, beri pandangan tanpa menyebarkan kebencian, bercakap benar dan bijak menilai.
Kempen seperti ini amat bermanfaat kepada komuniti dalam arus pemodenan digital sekarang. Diharapkan supaya kempen sebegini mendapat tindak balasa yang positif daripa komuniti kita.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: