Kelas Membuat Jadual (2) , Kdb Dan Advokasi Bersama Pelatih Pusaka Tanjung Manis
9 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 8 Disember 2019, 3 orang pelatih Pusaka Tanjung Manis telah menyertai Kelas Asas ICT Ms. Word Membuat Jadual sesi hari kedua yang diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Tanjung Manis. Kelas bermula pada pukul 2.00 Petang dan tamat pada pukul 5.00 Petang.
Seperti biasa, sebelum memulakan kelas, peserta diberi taklimat Klik Dengan Bijak dan Advokasi . Hal ini bertujuan untuk mengingatkan pengguna internet supaya sentiasa berhati-hati dan bijak apabila menggunakan internet.
Kelas ini dikendalikan oleh peserta MIV PI Tanjung Manis iaitu adik Hayatul. Pelatih pusaka tersebut diajar menggunakan Microsoft Word dan belajar membuat jadual mengikut modul yang disediakan. Selain itu mereka juga diajar memasukkan maklumat , menukar saiz tulisan, memilih tulisan yang sesuai dan sebagainya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: