Kelas Ms. Word Membuat Rancangan Perniagaan & KDB
16 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 15 Februari 2020, seramai 9 orang peserta tahap 1 dan tahap 2 telah menghadiri Kelas Ms. Word yang bertempat di Bilik Latihan PI Tanjung Manis. Kelas bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 1.00 petang. Pada hari ini, mereka diajar membuat Rancangan perniagaan berdasarkan modul yang telah ditetapkan. Rancangan pernigaan tersebut adalh sebagai persediaan untuk memulakan perniagaan. Mereka diajar untuk mencari gambar seperti di dalam modul melalui aplikasi google, lalu memasukkan ke dalam rancangan perniagaan tersebut.
Manakala peserta tahap 1 pula diajar untuk menaip dengan pantas berdasarkan modul yang diberi.Seperti biasa mereka diajar menggunakan aplikasi Microsoft Word dengan sebaik mungkin di samping mengetahui fungsi dan penggunaannya. Selain itu, peserta turut diberi Taklimat Klik Dengan Bijak iaitu topik Tidak Pasti Jangan Kongsi. Peserta di ingatkan untuk mengunakan internet dengan cara yang betul. Pastikan kesahihan maklumat itu betul dan jangan berkongsi sebarang maklumat tanpa usul periksa bagi mengelakkan berkongsi maklumat palsu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: