Ujian Penilaian Microsoft Word & KDB
23 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 22 Februari 2020, 5 orang peserta telah menghadiri ujian penilaian untuk Ms. Word yang bertempat di Bilik Latihan PI Tanjung Manis. Kelas bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 1.00 petang. Pada hari ini, peserta tesebut diberi soalan untuk membuat Rancangan Perniagaan berdasarkan helaian soalan yang diberi.Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah membuat Muka Hadapan dan logo perniagaan.
Logo dibuat menggunakan shape dan mengikut warna yang telah ditetapkan. Seterusnya, peserta perlulah membuat helain yang baru bagi muka surat yang baru. Hal ini memudahkan peserta untuk menukar word kepada pdf sekaligus dan mengumpulan sekali kesemua helaian tersebut menjadi satu dokumen. Selain itu, peserta turut diberi Taklimat Klik Dengan Bijak iaitu topik Tidak Pasti Jangan Kongsi. Peserta di ingatkan untuk mengunakan internet dengan cara yang betul. Pastikan kesahihan maklumat itu betul dan jangan berkongsi sebarang maklumat tanpa usul periksa bagi mengelakkan berkongsi maklumat palsu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: