Kelas Asas ICT Ms. Excell Pelajar Lepasan SPM
8 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 7 Julai 2020, seramai 2 orang peserta lepasan SPM menyertai Kelas Asas ICT Ms. Excell. Kelas bermula pada pukul 2.00 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang yang bertempat di Bilik Latihan PI Tanjung Manis. Sebelum memulakan kelas, peserta diberi taklimat mengenai Klik Dengan Bijak. Ini bertujuan untuk sentiasa mengingatkan mereka agar tidak menyalahgunakan kemudahan internet.
Setelah itu, kelas diteruskan dengan pengenalan Ms. Excell iaitu kepentingan dan fungsi kegunaannya. Peserta di ajar cara menaip seperti menukar saiz dan kepelbagaian jenis font. Mereka diberi modul dan dikehendaki menaipnya semula menggunakan Ms. Excell. Mereka juga diajar memahami fungsi Excell dan faham kegunaanya. Selain itu mereka diajar membuat jadual dan emmasukkan data yang telah ditetapkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: