Kelas Asas ICT Ms. Excel
10 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 9 Julai 2020, seramai 2 orang peserta lepasan SPM menyertai Kelas Asas ICT Ms. Excell. Kelas bermula pada pukul 2.00 petang dan tamat pada pukul 5.00 petang yang bertempat di Bilik Latihan PI Tanjung Manis. Sebelum memulakan kelas, peserta diberi taklimat mengenai Klik Dengan Bijak. Ini bertujuan untuk sentiasa mengingatkan mereka agar tidak menyalahgunakan kemudahan internet. Setelah itu, kelas diteruskan dengan pengenalan Ms. Excell iaitu kepentingan dan fungsi kegunaannya.
Pada hari ini peserta diajar formula tambah, tolak dan bahagi menggunakan excel. Selepas itu peserta juga diberi latihan dan latihan tersebut hendaklah dikira menggunakan formula yang terdapat di dalam excel.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: