Kelas Asas ICT Ms. Word
14 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 13 Januari 2020, 2 orang peserta telah menghadiri Kelas Asas ICT Ms. Word yang bertempat di Bilik Latihan PI Tanjung Manis. Kelas bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00 pagi. Pada hari ini, Pelajar diajar untuk membuat surat rasmi seperti dalam modul. Surat Rasni berikut mestilah ditaip mengikut format yang disediakan.
Selain itu juga, pelajar diajar membuat jadual sama seperti modul yang diberikan. Jadual tersebut dibuat mengikut kesesuaian tugasan yang hendak dibuat. Sebelum kelas tamat, taklimat Klik Dengan Bijak turut diselitkan bagi memberi kesedaran kepada mereka untuk sentiasa berhati-hati menggunakan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: