Panduan Membuat Iklan Produk Menggunakan Aplikasi Canva.Com Via Fb Live Streamyard
24 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 23 Oktober, 2020, Penolong Pengurus telah membuat panduan membuat iklan produk menggunakan aplikasi Canva.com secara langsung melalui Streamyard. Pengguna hanya menonton melalui siaran langsung dan juga boleh melihat secara ulangan. Aplikasi Canva sangat mudah digunakan kerana banyak template yang menarik dan boleh di muat turun secara percuma.
Pengguna boleh mengedit iklan menggunakan template yang sedia ada. Mereka hanya perlu memuat naik gambar produk ke dalam Canva sahaja. Setelah selesai membuat iklan produk, pengguna boleh muat turun kerja yang telah siap dan disimpan ke dalam dokumen atau terus dipaparkan terus ke Facebook.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: