Kelas Ms. Word & KDB
9 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 8 Februari 2020, seramai 4 orang peserta telah menghadiri Kelas Ms. Word yang bertempat di Bilik Latihan PI Tanjung Manis. Kelas bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 1.00 petang. Antara modul yang di ajar ialah belajar membuat Minit Mesyuarat, memasukkan gambar rajah dan jadual. Ini bertujuan untuk melatih peserta membiasakan diri untuk membuat jadual (table) dan memuat naik gambar rajah ke dalam Ms. Word.
Di samping itu, peserta juga belajar cara menambahkan jadual, memadam dan mengedit dengan menggunakan table tools yang bersesuaian mengikut kehendak. Selain itu, peserta turut diberi Taklimat Klik Dengan Bijak iaitu topik Tidak Pasti Jangan Kongsi. Peserta di ingatkan untuk mengunakan internet dengan cara yang betul. Pastikan kesahihan maklumat itu betul dan jangan berkongsi sebarang maklumat tanpa usul periksa bagi mengelakkan berkongsi maklumat palsu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: