Kelas Asas ICT Ms. Word Belajar Menaip
8 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 7 Julai 2020, seramai 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah di Bilik Latihan PI Tanjung Manis. Kelas bermula pada pukul 9:00 pagi-1.00 petang.Pada hari ini , peserta diajak mengimbas kembali pelajaran yang diajar sebelum ini.Hari ini adalah hari pertama mereka memulakan kelas selepas bermulanya perintah kawalan pergerakan (PKP).
Sebelum memulakan kelas, peserta diberi taklimat mengenai Klik Dengan Bijak. Ini bertujuan untuk sentiasa mengingatkan mereka agar tidak menyalahgunakan kemudahan internet. Setelah itu, kelas diteruskan dengan pengenalan Ms. Word iaitu kepentingan dan fungsi kegunaannya. Peserta di ajar cara menaip seperti menukar saiz dan kepelbagaian jenis font. Mereka diberi modul dan dikehendaki menaipnya semula menggunakan Ms. Word. Segelintir daripada mereka sudah biasa menggunakan Ms. Word kerana sebelum ini pernah menyertai Kelas Asas ICT. Mereka menyertai kelas ini adalah sebagai ulangkaji agar sentiasa ingat cara menggunakan Ms. Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: