Infografik Cara Mendaftar Akuan Untuk Aplikasi Foodpanda
11 Julai 2021 | Aktiviti TerkiniPada 10 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti Tanjung Manis telah berkongsi cara mudah untuk mendaftar akaun di aplikasi Foopanda. Aplikasi tersebut merupakan aplikasi yang sangat banyak digunakan pada masa kini tambahan pula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh pihak kerajaan. Aplikasi Foodpanda ini merupakan aplikasi pesanan makanan atas talian yang merangkumi hampir semua makanan dari pelbagai kedai dan restauran dapat dipesan dari aplikasi tersebut. Dengan adanya aplikasi tersebut akan dapat memudahkan individu untuk memesan makanan tanpa keluar rumah.
Di posting yang dikongsi tersebut juga PIK Tanjung Manis ada menyediakan borang Google Form untuk diisi sebagai maklumbalas dan kehadiran penglibatan. Dengan adanya borang tersebut akan dapat membantu untuk memperbaiki infografik yang disediakan dari masa ke semasa.
Oleh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kelas dan info berkenaan Ict akan hanya dikongsikan atas talian. Sekian terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: